Yuran bulanan futsal
Monday, April 21, 2008
Salam semua,

Sukacitanya djelaskan cara bayarannya adalah begini:

1) Hanya maksimum RM 20 sebulan akan dikutip setiap kali masuk gaji bulanan.

2) Sekiranya ada player yang main tak main contohnya Faizul atau player jemputan, dibolehkan player itu membayar RM 5 setiap kali dia turun.Dan sekiranya dia turun lagi pada minggu yang berikutnya, dia akan top up selagi tidak melebihi RM 20 (kutipan maksimum bulanan).

3) Jika ada yang dah membayar RM 20(maksimum) ,tetapi pada minggu itu dia ada top up lagi RM 5, maka RM 5 ini akan dibawa ke bulan hadapannya.So bulan depan hanya RM 15 sahaja baki yang dia kena bayar.

4) akaun kelab akan ditutup pada 28 hb setiap bulan, dan mana2 baki semasa duit akan dibawa ke bulan depan sebagai baki bawa ke bawah.

Kita galakkan player membayar lum sum bila masuk gaji bulanan supaya kita boleh booking court untuk minggu-minggu pada berikutnya.Bayaran lancar, training lancar hati pun senang.

Pemain kelab kita dah semakin ramai 21 orang yang kosisten, aku menyeru kita tangguhkan dulu pengambilan ahli-ahli baru.Ramai ramai sangat hilang kenikmatan bermain dan kesabaran menunggu.

"Bersatu kita teguh ke arah kelab yang berkebajikan."

Sekian,
Adabayar.
 
posted by adabayar at 9:22 PM | Permalink |