Sekilas laporan perlawanan persahabatan Taqis FC Vs Zettasoft FC
Thursday, August 21, 2008
Cybertoonz - 21 august 2008, hebat, cemerlang, gemilang dan tendangan gaban pari helang itulah yang dapat diungkapkan buat sume pemain-pemain Taqis FC yang berjaya membenam pasukan Zettasoft FC dari bangi pada petang semalam. Kemenangan kedua edisi persahabatan menutup tirai 2008 dengan penuh kegemilangan buat pasukan Taqis FC.

Seperti yang dijangka, pemain Taqis FC yang turun seramai 24 orang jelas menyukarkan pihak lawan bagi menandingi pasukan Taqis FC dimana pasukan Zaettasoft FC hanya turun seramai 8 pemain sahaja.Walaupun mereka turun seramai 8 pemain sahaja akan tetapi mereka membawa penyokong tersendiri dimana penyokong mereka kesemuanya terdiri daripada wanita-wanita bertudung labuh..(fatut la aris pakai suar fit panjang kat dlm..cehhhh)

Perlawanan pertama bermula dimana pasukan Taqis FC pada mulanya dibarisi oleh are-race (nak main dulu sebab awek dia tgk), Isa, Nazuri Yamada, Lintau lantui dan Alim Nesta tidak menghampakan penyokong Taqis apabila berjaya membenam lawan dengan jaringan 4-1.Gol-gol dihasilkan melalui, Are-Race, Nazuri Yamada, Alim Nesta dan Isa..(aku main belasah je kalau salah nanti inform..tapi aku mmg ada score..ehehe)
Banyak gerakan menarik dari pemain Taqis dan pemain Zettasoft dapat disaksikan oleh penonton dimana jaringan kuisan celahan kangkang oleh Alim Nesta berjaya menjaringkan gol dan skill tendangan kebelakang oleh pemain Zettasoft dikhabarkan akan ditiru oleh pakku kemudian hari..

Perlawanan kedua pula menyaksikan pasukan Taqis yang di wakili oleh Abby 7, Azuwan, sahar, Nicky dan Shahrail jelas menunjukkan belang apabila membelasah pasukan Zettasoft dengan jaringan 4-0. Gandingan mantap disetiap posisi jelas tidak memberikan ruang kepada pasukan Zetta jones eh silap Zettasoft FC jelas menyukarkan pasukan pelawat menembusi dan tidak dapat menjaringkan sebiji gol sekalipun..

Perlawanan ketiga, pemain taqis lain pula dimasukkan dan pasukan pelawat ketika ini jelas kelihatan keletihan apabila gagal menyediakan pemain secukupnya dimana mereka meminjam pemain jemputan Taqis FC iaitu abang angkat darn (hahaha...ampun darn...) bagi menguatkan pasukan mereka.Pada ketika ini Darnalis, Pakku, Koi, Yob dan Lintau berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan 3-2..(betul ker?? aku belasah je)

Jam menunjukkan 7.50 pm dan masa hanya tinggal 10 minit sahaja lagi untuk ditamatkan perlawanan.Pada ketika ini kemuncak perlawanan persahabatan jelas terbayang apabila pemain yang mempunyai skill tendangan tanpa bayang bola entah kemana, menjejakkan kakinya kedalam gelanggang perlawanan.Pemain yang pada mulanya konon2 injured ini tidak mahu memasuki padang dan kemudian apabila dipaksa dan terpaksa atas kerana terlihat awek tudung labuh Zettasoft, mula bersemangat memasuki gelanggang.
Kemasukkan pemain ini jelas tidak menghampakan peminat apabila menjaringkan gol kemuncak dengan menggunakan skill tendangan gaban pari helang tanpa bayangnya bagi mengekang lawan memenangi perlawanan terakhir ini.Dengan terhasilnya jaringan yang dijaringkan oleh pemain jiwa kacau ini, seluruh Sport Community Cyberjaya bergegak gumpita dengan riuhan penonton bagi meraikan jaringan pemain yang bernama Rahim Ohara ini.

Dengan terhasilnya jaringan tersebut maka jelas riak kecewa di wajah-wajah pemain pelawat apabila tidak dapat memenangi setiap perlawanan dengan Taqis FC.

Perlawanan semalam diadili yang tidal adil oleh refree yang bernama abg Taqirlo, memperlihatkan beliau telah dibeli oleh Zettasoft bagi mewakili Zettasoft untuk perlawanan terakhir.

Dengan ini secara keseluruhan diucapkan Tahniah buat pasukan Taqis FC yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah perlawanan persahabatan pada tahun 2008 ini. Dan secara tektikalnya pula pemain Taqis harus mengekalkan tempo permainan seperti sama tempo apabila setiap kali latihan.Latihan fizikal juga harus dititik beratkan buat semua pemain Taqis bagi menguatkan stamina mereka.Kini management Taqis FC yang juga jutawan MMU telah menyediakan Kolam Renang RM2 (no diskaun..ehehee) utk staff dan Gymnasium Free kot buat pemain Taqis Semua..

Sekian, Majulah Taqis FC utk Cyberjaya dan Malaya...

La fotsale
Taqis de cempione del mundo...
Forza Taqis!!!
 
posted by Alim Nesta at 12:15 AM | Permalink |


0 Comments: