Kehadiran pemain import di Taqis FC
Monday, November 10, 2008
Sesi latihan semalam agak meriah dengan kehadiran sebilangan besar para pemain Taqis ditambah dengan gimik emel sebelumnya akan kehadiran pemain import baru pada petang itu.Dua pemain import ini telah diperkenalkan oleh agen pencari bakat,Adabayar (yang mana sebelum ini berjaya mencungkil bakat pemain ladang estet Perak,Muru).Nick ,dengan ketinggian 182 cm berasal dari Timur France pernah bermain bola dengan bau-bau bacang Samir Nasri ketika zaman membesarnya manakala Ismaul berumur 23 tahun berasal dari Riyadh,Saudi Arabia mempunyai sepasang tangan yang kuat.

Sesi perlawanan berlangsung dengan gandingan Isa-Darn-Nicky-Azuwan-Faizul mencatat 3 kemenangan berturut tanpa kalah.Permainan cantik dan mutu permainan berpasukan membengkek pemain di luar padang iri hati dengan pasukan ini.Namun,atas rasa kepuasan bermain dan dalam erti kata sebenarnya kepancitan, pasukan ini akhirnya memberi ruang kepada pemain2 lain di luar.Al maklum, bayar sama rata ,apa kata orang nanti.

Kemasukan Lintau memeriahkan keaadaan gelanggang.Amaran jangan memalukan bola sepak Malaysia disahutnya sekali sekala yang mana corak permainan latihan tiba2 bertukar menjadi macam budak darjah 2 bermain bola.Teknik ada tapi kucar-kacir,kerumun dan taktikal jauh sekali.Detik cemas juga berlaku apabila Muru yang tanpa dikawal melakukan rembatan deras tepat ke muka Haris menyebabkannya kebingungan seketika.Permainan seterusnya lebih kepada latihan tendangan menguji gol keeper Arab yang begitu tangkas menafikan setiap rembatan tak cukup makan pemain2 Taqis.

Pemain tumpuan : Nick dan Ismaul
Pemain tempatan tumpuan : Ishe (mungkin kerana awek baju hitam court sebelah sekali itu bini orang hahaha)
 
posted by adabayar at 9:28 PM | Permalink |


0 Comments: