sakir urat, kekejangan otot dan terpelioat
Tuesday, April 22, 2008
Bila melihat bakat2 besar bermain futsall, maka rasa excited dan ghairah makin meluap meluap seperti lahar gunung berapi yg nak meletup.
Maka lahirnya larian sepantas road runner (toot toot), gelecekan ala kaki silang ronaldo, skil lengukan pinggul seperti inul daratista.
Duk asyik menunjukan bakat yang terpendam, kejadian yang tak dingini berlaku , minggu lepas , aku sakit otot paha. Adabayar dan Nesta juga mengalami masalah "muscle strain".
Maka untuk mengelak bintang-bintang besar injured, nanti berjalan cam peguin dalam citer happy feet, maka ada baiknya marilah kita membaca petikan berikut :
KEJANG OTOT
Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.
Penyebab kejang otot
Kelesuan otot
Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup
Kehilangan cecair badan yang banyak
Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan
kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
Mengandung
Pencegahan kejang otot
Lebihkan meminum air dan cecair lain
Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan
pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.
Penjagaan sendiri
Melakukan regangan secukupnya pada otot yang terlibat bagi membantu melegakan kekejangan di kaki. Anda perlu bangun dan berdiri. Apabila kekejangan telah reda urutkan kaki anda perlahan-lahan.
Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan.
Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari.
Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk.
Berjumpalah doktor jika..
Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.
Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera.
sehingga berjumpa lagi
taqi the legend continues.