Darn Wenger ragui kemampuan barisan pelapis
Wednesday, December 3, 2008

Darn Wenger ragui kemampuan barisan pelapis





Keputusan : 1(Yeop)- 4
Yusrin-Taqi-Rahim-Hardi-Yeop

Cyberjaya, Selangor - Pengurus Taqis, Darnesene Wenger (gambar) mula meragui masa depan barisan pelapisnya ekoran kekalahan kepada Team Satyam pada perlawanan pemanas badan di Kelab Futsal Komuniti Cyberjaya semalam.

Tidak seperti sebelum ini, Darn Wenger mengkritik persembahan barisan penyerangnya yang dianggap bermain di bawah tahap sebenar.

Jentera serangan Taqis yang diketuai penyerang antarabangsa Perak, Yeop Jamlus ternyata beraksi hambar dan mempersia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

Sebaliknya, empat gol daripada pemain team Satyam sudah cukup untuk mengesahkan kehebatan team tersebut.

"Kami memperoleh enam peluang satu lawan satu tetapi masih gagal menyumbat gol. Akhirnya kami tewas 1-4, jadi jumlah itu agak buruk kerana kami tidak bermain secara berpasukan," kata Darn Wenger.

"Pemain saya gagal memberi fokus yang betul di hadapan pintu gol lawan dan itu menjadikannya berbeza. Kami tewas pada perlawanan yang tidak sepatutnya kami tidak tewas.

"Kami memperoleh banyak peluang tetapi apabila kamu tidak menjaringkan gol, kamu perlu bertanya mengapa itu terjadi.

"Kamu boleh memuji penjaga gol mereka tetapi dalam masa yang sama, mempersoalkan kemampuan penyerang kami."

Bagaimanapun Darn Wenger tidak meletakkan kesalahan 100 peratus di bahu penyerangnya, sebaliknya dia tetap memuji kesungguhan yang dipamerkan mereka.

"Ramai daripada pemain pelapis saya tidak kekok sepanjang perlawanan itu dan itu adalah satu perkembangan yang positif.

"Mereka sudah tentu memberikan segala-galanya tetapi di hadapan pintu gol, kamu perlu lebih efektif dan saya fikir kami masih mentah dalam mengambil peluang.

"Kami sepatutnya menjaringkan gol tanpa mengira masa, kemudiannya corak keseluruhan perlawanan itu mungkin akan berubah.

"Tetapi kami lebih banyak menguasai permainan sementara mereka (Team Satyam) melakukan serangan balas yang pantas. Ia adalah cara yang mudah untuk memenangi perlawanan itu," tambah Darn Wenger.


 
posted by hideYUShi nakata at 5:32 PM | Permalink |


0 Comments: