Jurulatih tempatan terajui senarai..
Thursday, February 12, 2009
KELEBIHAN kini memihak kepada jurulatih tempatan untuk diberikan tanggungjawab melatih Taqis Girlfriend's.
Jika diperhalusi, ahli majlis tertinggi sebenarnya seolah-olah sudah berkata ‘TIDAK’ buat dua jurulatih asing yang membuat permohonan untuk mengisi kekosongan.
Semalam, Pengurus Taqis FC, Encik Taqiyuddin meluahkan rasa yakin terhadap keupayaan pengendali tempatan dan saranan itu dilihat sebagai satu perintah yang terlalu sukar untuk dilanggar.
Setiausaha Agung Taqis FC, Encik Darnalis mengakui mereka kini menumpukan perhatian kepada tiga jurulatih tempatan yang sudah membuat permohonan rasmi dan sesi temu duga akan berlangsung tidak berapa lama lagi.
“Saya akui bahawa kelebihan kini memihak kepada tiga jurulatih tempatan yang sudah membuat permohonan. Secara keseluruhan, Taqis FC menerima lima permohonan termasuk dua daripada negara luar yang mahu menjadi ketua jurulatih skuad Taqis Girlfriend's.
“Apabila sesi temu duga itu berlangsung dalam masa terdekat nanti, antara kriteria utama yang akan diambil kira ialah mereka hendaklah rakyat tempatan dan itu selaras dengan kehendak pengurus sendiri,” kata Darnalis.
Pengakuan itu seharusnya sudah memberi petanda yang amat jelas berhubung siapa yang berharap supaya anak buah Taqis Girlfriend's itu dibimbing jurulatih asing, sudah boleh melupakan impian berkenaan.