Taqis FC turunkan barisan terbaik..
Thursday, February 12, 2009
BAGI ketua jurulatih Taqis FC, Encik Lintau (dia sorg lom bayo lg singgit), perlawanan menentang Pemuda UMNO Sepang pada saingan futsal di Stadium Oldtown Cafe, Cyberjaya, isnin ini cukup penting dalam menentukan halatuju pasukan dalam kejohanan ini.
Katanya, kekalahan sudah pasti memberikan gambaran negatif malah menjejaskan tumpuan keseluruhan pemain.
Justeru, Taqis FC tidak mempunyai banyak pilihan melainkan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kemenangan mutlak.
Katanya, biarpun pasukan Pemuda UMNO Sepang itu merupakan pasukan pilihan, namun itu bukan alasan mereka tidak boleh ditumbangkan.
“Saya yakin pemain sudah bersedia dan memiliki keupayaan memastikan sasaran mengutip mata mampu dilaksanakan,” katanya sambil meneguk teh tarik di kedai mamak FCM.
Mengulas kekuatan lawan, Lintau mengingatkan pemain terutama di posisi pertahanan agar lebih bijak mengekang asakan jentera serangan pasukan tersebut.
"Kekuatan pasukan kita bergantung kepada gandingan Abby dan Nicky untuk menghasilkan gol dan berharap agar barisan pertahanan dapat menyerap asakan".

wehh.. aku dah bayo singgit le. singgit lg darn yg bayo. bikin konspirasi ke apa ni?