Post mortem vs Satyam
Wednesday, December 3, 2008
4-1 Iqbal-Ishe-Darn-Nicky-Abby Penjaring: Abby(3), Darn

Team ni adalah cubaan pertama mengetengahkan gandingan baru untuk menguji sejauh mana kekuatan taqis fc apabila berhadapan dengan cabaran futsal.Kredit kepada berpasukan yang dipamer yang amat diperlukan dalam permainan futsal.

1-0 Shahril-Azuwan-Aswad-Harith-Lintau Penjaring: Harith

Gandingan ini cuba mengetengahkan barisan berpengalaman yang mampu menahan asakan dan membuat serangan secara seimbang melalui stiker utama Haris.Banyak peluang dicipta tetapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

1-4 Yusrin--Taqi-Rahim-Hardi-Yop Penjaring: Yop

Lebih kepada pendedahan kepada pace dan pressure game sebenar.Gandingan muka baru, pengantin baru dan pemain yang lama tidak muncul di sesi latihan jelas mengganggu rentak permainan.Pujian harus diberikan kepada Kapten Taqi yang cuba mengawal tempo permainan dan menenangkan rakan2 yang lain.Ujian sebegini bagus untuk kekuatan mental pasukan di masa hadapan apabila berhadapan lagi dengan situasi sebegini.

0-3 Faizul-Aswad-Daus-Yusrin-Yop

Kemasukan Daus FMD pastinya menjadi tonggak team ini tetapi kurangnya stamina dan konsentrasi perlawanan menyebabkan gandingan ini gagal.

2-3 Lintau--Shahril-Azuwan-Faizul-Haris Penjaring:Haris,Faizul

Team ini adalah seimbang dan kita berjaya mendahului lawan dengan 2-0, tetapi dalam perlawanan sebenar, segala kesilapan mudah boleh membinasakan pasukan.Lintau memberi dua gol mudah kepada lawan yang menaikan moral pasukan lawan.

3-0 Iqbal-Ishe-Darn-Nicky-Abby Penjaring:Abby,Nicky(2)

Adunan yang agak menjadi pada game pertama cuba diuji sekali lagi dan kali ini resultnya positif.

3-4 Yusrin-Taqi-Nazri-Daus-Lintau Penjaring: Lintau,Nazri(2)

Game terakhir ini adalah game yang paling sengit sekali dengan kemasukan star Daus dan Nazri Yamada.Lintau membuktikan yang dia lebih berbakat menjadi di tengah gelanggang dari mengawal gawang pasukan.Pasukan ini ketinggalan 2-0 padal awal perlawanan, tetapi gandingan ini bangkit dengan gol penyamaan cantik dari Lintau dan rembatan-rembatan kencang dari Nazri Yamada.Kedudukan menjadi 3-3 dan tambahan masa 1 minit diberikan dan kepenatan menyebabkan kita kalah 4-3.

Hasil pemerhatian tidak berbayar dari perlawanan persahabatan ini:

1)Rata-rata permainan futsal kita masih lagi belum menunjukan permainan sepasukan, possesion dan passing sepenuhnya.

2)Pemain kita belum berdisiplin sepenuhnya sebagai contoh malas untuk turun kembali atau mengasingkan diri ke suatu sudut padang.

3)Stamina pemain belum lagi memuaskan.

4)Pemain-pemain yang jarang turun training.Istilah ada friendly, maka ramailah baru nak turun.Maka di sini kita kurang ketajaman.

5)Pendedahan kepada game friendly amatlah bagus untuk mengetahui erti sebenar kelajuan game,tekanan dan asakan lawan.

6)Satu gandingan berjaya dibentuk pada game kali ini dan kita akan cuba membentuk gandingan yang baru pada masa yang akan datang.Menerusi game friendly inilah masanya untuk kita membuat eksperimen ke atas kekuatan dan adunan kita.

7)Teruskan latihan dan segala ketidakpuashatian boleh dibawa berbincang demi memajukan permainan futsal yang sama-sama kita usahakan.

8)Result game bukanlah segalanya bagi kita tetapi pendedahan pasukan dan pengalaman amat bermakna sebagai persiapan kita menghadapi sesuatu perlawanan atau pertandingan di masa hadapan.

Sekian, semoga kita belajar dari kesilapan.

Antara gambaq² semasa friendly semalam -->klik sini
 
posted by adabayar at 8:06 PM | Permalink |


0 Comments: