Latihan ke??
Tuesday, April 29, 2008
Hampir sebulan lebih latihan Taqis FC dijalankan dan setiap minggu komitmen ahli amat membanggakan. Namun begitu tercetus satu persoalan adakah berbaloi dengan latihan yang mengumpulkan lebih kurang 20 org pemain yang bermain dalam 1 jam? Ada suara-suara yang dilahirkan atas ketidak puasan hati kerana isu ini. Namun begitu, sekiranya latihan dijalankan 2 jam adakah setiap pemain cukup cergas?
Masalah utama dalam pasukan Taqis FC adalah kecergasan. Kini kelihatan ramai pemain yang mengadu mengalami kecederaan 'hamstring'. Faktor yang paling penting untuk mengelak kecederaan adalah membuat latihan pemanas badan atau 'warm-up' sebelum bermain dan 'warm down' selepas bermain. Ini amat penting buat setiap ahli yang ingin melakukan apa jua jenis sukan.
Semua sedia maklum yang mana terdapat beberapa tahap kemahiran pada setiap ahli pasukan. Mengkategori pemain adalah tidak wajar dan adil untuk setiap ahli. Apa yang boleh dilakukan ialah setiap ahli wajib membantu rakan yang dirasakan 'kureng'. Hasilnya nanti rakan yang dibantu dapat setaraf dengan ahli-ahli yang lain.
Kemahiran individu dan futsal bukanlah terletak kepada pemain yang hanya mampu menjaringkan gol tak kira dari skill rembatan deras hingga ke tendangan lipatan gunting tapi sebenarnya pemain yang mampu mengawal permainan dan mampu mencuri ruang yang kecil untuk menjaringkan gol.
Objektif bersukan bukan sekadar mengeluarkan peluh atau mempamirkan skill individu tapi yang paling mustahak untuk amatur seperti Taqis FC adalah komunikasi. Skill ini yang masih dikategorikan lemah dalam pasukan Taqis FC. Sukan Futsal bukan seperti sukan golf mahupun snooker yang selalu kita lihat terpaksa diam untuk memfokuskan target. Kominikasi yang baik mampu meningkatkan semangat dan keyakinan setiap pemain sekaligus membuatkan pemain berada dalam keadaan fokus setiap masa.
Mungkin selepas ini perkara yang berbangkit bole dibincangkan agar latihan dan pentadbiran Taqis FC lebih sistematik dan dinamik.
..... bersambung

utk memantapkan lagi Taqis FC nie..segala cadangan, teguran & pandangan amatlah dialukan dari semua member TFC. Harap kita sesama berbincang mengatasi kelemahan kita dari pelbagai sudut nie.