Taqis lesu di kaki lawan
Monday, February 16, 2009
Taqis FC (1) - (2) Pemuda UMNO Sepang


TAMPIL dengan ketiadaan tonggak pertahanan,Isa ternyata melemahkan semangat Taqis FC.

Buktinya, pasukan lawan telah berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Taqis FC pada aksi futsal, malam tadi.

Pemuda UMNO Sepang berjaya mencemaskan penonton tuan rumah apabila rembatan deras itu berjaya ditepis penjaga gol, Iqbal seawal minit ke-2.

Taqis FC memulakan rentak serangan awal dan seawal minit keempat, penyerang profilik Abby membuka tirai jaringan menerusi gol cantik ke penjuru kanan gol lawan. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila penyerang pasukan lawan pula berjaya menyamakan pada lewat babak pertama. Penyerang lawan mudah menggelecek pertahanan Halim-Azuwan sebelum melepaskan rembatan tepat ke pintu gol.

Kealpaan benteng skuad Taqis berjaya dimanfaatkan lagi apabila penyerang gemuk mereka yang tidak dikawal mudah menonjol bola dari jauh untuk gol kemenangan pasukan pelawat seminit sebelum separuh masa pertama tamat.

Kemasukan pemain harapan Taqis FC Darnalis untuk mendapatkan gol kemenangan nyata gagal apabila dikawal ketat malah pemain tersebut dikeluarkan walhal baru saja berada di padang.Kelibatnya yang tidak cergas digantikan dengan pemain veteren Lintau.Perlawanan separuh masa kedua tidak membawa sebarang gol dan kelihatan pemain Taqis FC saling silih berganti kerana kepenatan sehingga ke wisel penamat.
 
posted by hideYUShi nakata at 6:10 PM | Permalink |


0 Comments: