Aksi 28 April
Wednesday, April 30, 2008
Menarik, tertarik dan mantopppp...Itulah ungkapan yang wajar diberikan kepada pemain-pemain Taqis FC yg berjaya mempamerkan aksi menarik pada latihan petang isnin lepas. Seramai 21 orang pemain menghadirkan diri termasuk ketua pasukan Taqis FC B iaitu darnalis walaupun injured tetapi atas semangat kesukanan tetap gagah jua menghadirkan diri bagi memberi semangat kepada rakan-rakan lain.
Permainan yang tidak dijangka begitu menarik buat pertama kalinya banyak dipamerkan oleh jaringan-jaringan hebat seperti rahim gabanz, aby, musMBA, dan ramai lagi..System taktikal permainan juga banyak diperlihatkan oleh pemain dimana system one touch, triangle passing, wingger attack banyak dipertontonkan....Tidak kurang juga ada segelintir kelemahan yang perlu diimprovekan seperti turun ke bawah apabila di serang bak kata MusMBA, pabila diserang balas sepatutnya pemain perlu menurun untuk membantu pertahanan bagi mengekang serang balas pihak lawan.
Kemuncak permainan tiba apabila pemain dari Library yang berjanggut ciput memasuki padang yang kini menjadi-jadi prestasinya apabila sering kali menyentuh bola pastinya ada saja aksi bersahaja yang menjadi bahan tarikan para penonton...ehehehee
Tidak kurang juga banyak aksi hebat lain yang dipamerkan oleh pemain yang seharusnya dirakam oleh pakku dan ADY koi untuk dipertontonkan kepada kita semua...
Sekian Melaporkan,