Lintau ranapkan impian Taqis FC
Monday, March 2, 2009
Perlawanan bermula dengan sekembalinya tonggak pertahanan Isa ke pasukan Taqis FC.Dengan rintikan hujan sebagai pembuka perlawanan, Taqis FC menurunkan Iqbal-Isa-Azuwan-Nicky-Abby untuk berhadapan dengan team futsal MMU B.Jelas rata-rata pasukan muda lawan terdiri daripada student sedikit sebanyak mengundang keraguan para pemain Taqis Fc pada awalnya.
Belum sahaja satu minit perlawanan, Nicky yang cuba bertindak agresif dapat merampas bola daripada pertahanan lawan terus sahaja merembat rendah ke penjuru kiri gawang lawan.Perlawanan berlangsung dengan gerakan pantas dari kedua-dua pasukan.Hasil gerakan balas, Abby yang mendapat umpanan cantik terus sahaja membuat larian dan merembat kencang menuju tempat ke dalam gol MMU B.Bagaikan seperti dirasuk, Taqis FC mula melancarkan serangan tetapi berjaya dipatahkan oleh MMU B. Kini giliran MMU B melancarkan serangan dan hasil umpanan satu dua berjaya memperdayakan Isa dan lawan berjaya merapatkan jurang gol untuk berkedudukan 2-1 pada separuh masa pertama.
Babak kedua bermula dengan pertukaran Nicky dengan Harith.Taqis FC memulakan serangan di sebelah kanan lawan.Gerakan Abby pada awalnya cuba mengucar-kacirkan pertahanan lawan terus melorong bola ke kaki AZuwan yang tidak dikawal terus sahaja mudah meletakkan Taqis FC 3-1 di hadapan.Ketika itu kelihatan jurulatih MMU B Faizal Sood, sudah mula menunjukkan tanda-tanda kerisaaun di tepi padang.Kedengaran juga pekikan penonton yang ramainya dari Amiruddin FC melaungkan nama pemain veteren Lintau untuk dimasukkan.Akibat tidak mendengar arahan taktikal pasukan,Lintau yang terlalu teruja dengan pekikan penonton terus sahaja meluru masuk menggantikan Harith.Namun ketika pertukaran sedang berlangsung, MMU B terus sahaja membuat rembatan dari garisan tengah ke pintu gol Taqis FC yang jelas semuanya belum bersedia dan tergamam.3-2.
Perlawanan terus rancak dengan MMU B mula memasukkan student foreigner mereka.Kini giliran mereka pula mendominasikan serangan.Jelas ketika diasak bertubi-tubi,Lintau seperti hilang arah terus sahaja bertindak bermain sebagai striker walaupun pada zahirnya memadai jika dia dapat membantu pertahanan pasukan.Dengan larian lembab, Lintau cuba menyerang dan hasil dari kelembaban untuk turun kembali, MMU B mendapat gol pernyamaan hasil daripada serangan balas.Taqis FC terus-menerus diasak dan lawan akhirnya mendapat gol yang dicari untuk meletakkan mereka di hadapan.4-3.Taqis FC mendapat satu peluang pada babak akhir perlawanan tetapi rembatan Abby tersasar.
Taqis FC berjaya membuat kejutan jika pemain lebih berdisiplin dan patuh kepada aturan taktikal.Semoga pengalaman bermain dengan tempo yang laju ini mematangkan lagi permainan Taqis FC di masa akan datang.Pihak pengurusan Taqis FC kini dikhabarkan sedang melelong pemain veteren Lintau dengan perpindahan percuma.Lintau dikhabarkan kini sedang hangat dirisik oleh Taqis Girlfriend untuk bermain dengan skuad wanita mereka.