Mental tak ada inti
Monday, March 2, 2009
Perkembangan sukan kegemaran rakyat Malaysia iaitu bolasepak atau futsal sama saja baik dari akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan. Mentalitinya pon sama iaitu sering menuding salah pada orang lain. Akibatnya pihak yang dituding menajadi mangsa kritikan. Apakah pihak yang menuding berani dan sudah menampilkan usaha sebaik mungkin? Ini masalah yang tidak mungkin akan berakhir sekiranya tiada post-mortem sekiranya berlaku kegagalan.

Berkisar kepada senario perlawanan futsal semalam, ramai yang menyalahkan kekalahan pasukan terletak pada pemain gantian yang dikatakan tidak mengikut arahan. Pemain tersebut sedaya upaya membantu untuk mengurangkan tekanan rakan sepasukan ketika pihak lawan mempunyai pemain yang berkualiti tinggi dari segi kemahiran. Tidak dinafikan kehadiran pemain import memberi satu corak persembahan yang bermutu dan menyakinkan. Namun pasukan yang dibarisi tenaga tempatan mampu bersaing.

Pada babak pertama memang banyak peluang hinggakan pasukan Taqis FC berjaya menyumbat 2 gol. Ini kerana pihak lawan hanya meletakkan pemain tempatan kerana beranggapan pasukan Taqis FC sebaris ayam serama. Tampak pada awalnya corak permainan agak tersusun namun setelah babak kedua, pihak lawan memasukkan pemain yang lebih berkualiti dari segi kemahiran. Pemain Taqis FC mampu bersaing rentak permainan yang mula laju. Gol-gol yang dijaringkan oleh pihak lawan semuannya hasil dari rembatan jauh setelah ada pemain lawan yang bertindak sebagai pengacau benteng Taqis FC. Ketahanan fitnes juga menjadi faktor kekurangan bagi pihak pasukan Taqis FC.

Banyak perkara dapat dipelajari oleh semua pemain yang terlibat semalam dan kelemahan juga telah dikenal pasti. Sudah masanya pengurusan Taqis FC membuat satu log latihan yang mana mencatatkan kelemahan dan kelebihan setiap ahli pasukan. Menuding dari luar jaring bukanlah satu tindakan yang 'getleman'. Kalah menang harus dikongsi bersama dan bukan menarik diri dengan pelbagai alasan termasuk cedera. Sikap ini harus dikikis kerana ianya menampakkan ketidak seriusan dan kurang keyakinan diri terhadap pasukan.


~TAQIS FC ~
 
posted by lintau at 8:09 AM | Permalink |


0 Comments: