Mentaliti perlu berinti
Monday, March 2, 2009
Satu lagi pemikiran pemain Malaysia yang masih di takuk lama iaitu bermain tanpa mengambil kira aspek kecergasan.Ternyata kecergasan pemain adalah salah satu cabang sains sukan yang dititik beratkan sebelum sesuatu permainan.Sekiranya pemain didapati kurang cergas atau cedera, adalah amat tepat pihak pengurusan sesuatu pasukan menyisihkan pemain itu dari permainan.Pemain ini dikhuatari akan membebankan pasukan, mengganggu rentak sesuatu permainan dan hilang fokus perlawanan.Risiko jangka panjang harus juga difikirkan.Adalah kurang cerdik sekiranya pemain yang cedera diturunkan semata untuk memenuhi permainan yang terdekat tetapi akan berehat panjang akibat ketidaksabaran dan kepentingan tertentu.Inilah fungsi sesebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain.TUjuannya adalah bergerak dalam sebagai satu pasukan dan saling bergandingan menampung kelemahan pasukan.Bukannya masuk dan membebankan rakan pasukan.Adalah lebih baik sekiranya kemasukkan itu memberi satu nilai tambah kepada pasukan dan lebih cerdik menganalisa taktikal perlawanan yang sedang berlangsung.
 
posted by adabayar at 5:03 PM | Permalink |


0 Comments: