TAQIS makin tertekan
Monday, March 2, 2009
CYBERJAYA - Pengurus Taqis FC, En. Taqiyuddin belum mahu menekan butang kecemasan biarpun pasukannya mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Futsal Prima Avenue semalam.
Beberapa minggu lalu, Taqis FC gah di persada liga namun kini semakin jatuh mendadak.
Pada aksi kelmarin, Taqis FC berjaya mendahului tiga kali sebelum tunduk 3-4 kepada MMU B. Ia meneruskan aksi malang Taqis FC selepas mereka tewas 1-2 kepada Pemuda UMNO Sepang beberapa minggu lalu.
"Kami tewas pada perlawanan yang ada turun naiknya, begitu menarik dan saya perlu memberikan ucapan tahniah kepada barisan pemain," kata En. Taqiyuddin.
Taqis FC mendahului menerusi Nicky pada minit ke-18 sebelum Abby meledak gol kedua minit ke-30. Pemain lawan merapatkan jurang dua minit kemudian
Azwan kemudian kembali meletakkan Taqis FC di hadapan dengan gol ketiga pada minit ke-73.
Begitupun, MMU B tidak mudah mengalah dan mereka menyumbat gol penyamaan pada minit ke-80 dan seterusnya menjaringkan gol kemenangan minit ke-89.
Atas desakan penonton luar yang mahu melihat skill ala kejor yeop kejor, jurulatih tiada pilihan lain dengan memasukkan Super-Sub Lintau, namun taktik itu tidak menjadi dan gagal memberi impak sebaliknya pasukan lawan berpuas hati membawa pulang 3 mata berharga.
"Menentang pasukan yang suam-suam kuat, pada babak pertama kami beraksi lebih tenang dan kurang melakukan serangan.
"Tetapi kami tidak mudah putus asa walaupun ketinggalan 3-1. barisan pemain mempamerkan permainan begitu sensasi dan disiplin dirinya semakin baik," kata jurulatih MMU B, En. Faizal Sood.
sumber dari bilik berita utusan meloya